Wednesday, September 24, 2008
Ayah
20.9.08 yang lalu, birthday ayah, ucapan diberi ketika sama-sama makan sahur, ayah hepi sebab masa tu ada 2 cucu yang turut heboh mengucapkan, ibar dan luqman walau mereka mengucapkan sambil mata separuh lelap dan ciuman diberi kepada ayah ketika bersalaman sebelum balek ke Melaka, biar ayahibu rasa ciuman kita ketika mereka maseh boleh merasa bukan ketika mata nya sudah tertutup, ingat lah itu wahai adik-adik. Mak dek dikhabarkan untuk beli sesuatu, kek n pizza, ahhh, luqman n ibar mengeluh, melepas pasal nak balek melaka dah...mak gembira sebab kek tu, he he he mak makan dulu! Ayah sentiasa beruntung dan bertuah, semoga tuahnya berpanjangan hingga ke akhir, n kekal dalam iman. Banyak cerita yang telah ayah kongsikan bersama, perasaan dan pandangan nya. Ayah, luka dan duka yang pernah ayah lalui kita simpan bersama kerana ayah, kan ayah dak as!
Tuesday, September 23, 2008
adik-adik yang baik, gembira kak long dengan kamu semua yang amat bertanggungjawab dalam bersama-sama menjaga mak dan ayah. Mak dek tentu dah dapat pelajaran baru, bahawa ibu bapa memang tanggungjawab kita tetapi dalam saat yang sama jangan lupa, mak maseh perlu mendapat keizinan suaminya untuk berbuat sesuatu, kita perlu dapat izin ayah dulu untuk apa-apa pun yang hendak kita buat kat mak. Terima kasih ateh kerana sama-sama berjaga malam menjaga mak, memang itu t/jawab anak lelaki sebenarnya, anak perempuan perlu dapat izin suami dahulu, alhamdulillah ada atam kat rumah, yang dapat memenuhi lain-lain keperluan mak. Isnin, atam cuci mak yang tercirit birit, semoga Allah membalas dengan pengampunan atas segala dosa apabila mak redha terhadap nya. Nampaknya atam lebih banyak perlu melayan karenah mak, harap adik-adik yang lain ambil perhatian, 2 hari kak long di rumah bersama atam selepas mak keluar wad, kak long amat faham, sabar lah tam, mak tak sihat, kak long dah tau, mak nak di manja dan di layan seperti kita melayan Dian! Marilah besama-sama kita ingat, biar apapun yang kita rasa kita dah berbakti kepada mak, sebenarnya nothing! maseh belum dapat membalas walau setitik air susunya! bersama kita berdoa semoga menjadi anak yang soleh!
Monday, September 22, 2008
hari baru
isnin, 22.9.08. kursus icms fasa 2. Syukor, kursus ini bermula selepas kembali bekerja, walau hati masih kurang keruan, sekurang-kurangnya nya mak sudah boleh makan dan berjalan-jalan. Apakah perkataan yang tepat untuk menggambarkan perasaan dan hati apabila mak yang melahirkan kita terbaring kesakitan? Sepi, yes itulah gambaran hati ku, apabila mak mengaduh, hati yang sepi menjadi sunyi! sunyi yang teramat, amat jauh, amat takut, tidak ada tempat berpaut kecuali kepada Dia. Sedang memandang wajahnya sahaja, Allah memberikan pahala, selain mampu menghilangkan keresahan yang bersarang di dada, oh mak janganlah sakit, bangunlah, kita nak raya, kak long belum lagi dapat berbakti kepada mak, Ya Allah tolong lah
Subscribe to:
Posts (Atom)