Tuesday, September 23, 2008
adik-adik yang baik, gembira kak long dengan kamu semua yang amat bertanggungjawab dalam bersama-sama menjaga mak dan ayah. Mak dek tentu dah dapat pelajaran baru, bahawa ibu bapa memang tanggungjawab kita tetapi dalam saat yang sama jangan lupa, mak maseh perlu mendapat keizinan suaminya untuk berbuat sesuatu, kita perlu dapat izin ayah dulu untuk apa-apa pun yang hendak kita buat kat mak. Terima kasih ateh kerana sama-sama berjaga malam menjaga mak, memang itu t/jawab anak lelaki sebenarnya, anak perempuan perlu dapat izin suami dahulu, alhamdulillah ada atam kat rumah, yang dapat memenuhi lain-lain keperluan mak. Isnin, atam cuci mak yang tercirit birit, semoga Allah membalas dengan pengampunan atas segala dosa apabila mak redha terhadap nya. Nampaknya atam lebih banyak perlu melayan karenah mak, harap adik-adik yang lain ambil perhatian, 2 hari kak long di rumah bersama atam selepas mak keluar wad, kak long amat faham, sabar lah tam, mak tak sihat, kak long dah tau, mak nak di manja dan di layan seperti kita melayan Dian! Marilah besama-sama kita ingat, biar apapun yang kita rasa kita dah berbakti kepada mak, sebenarnya nothing! maseh belum dapat membalas walau setitik air susunya! bersama kita berdoa semoga menjadi anak yang soleh!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sis..
i got tears..everytime i read this entry...
Post a Comment